About

    Berkenaan Eskayvie

Ditubuhkan pada 19 Mei 2009, Eskayvie telah berada di pasaran 10 tahun lamanya. Diasaskan oleh Dr Hj Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri (MD VUB BRUSSELS, BELGIUM) dan Puan Hjh Kartika Wati Mohamed. Dengan visi memperkasakan ekonomi dan kesihatan ummah, Eskayvie ingin membantu masyarakat mempertingkatkan kualiti hidup, kesihatan, kecantikan dan kesejahteraan melalui penghasilan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi.   



DR.SYID AYOB SYID MUSTAFA AL-QUDRI


Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri merupakan graduan lulusan Vrije Universiteit Brussels, Belgium di dalam bidang perubatan. Beliau berpengalaman luas sebagai pegawai perubatan dan pernah berkhidmat di Hospital Pulau Pinang serta Hospital Kangar, Perlis. Beliau memiliki klinik persendirian serta berkhidmat di rangkaian klinik swasta ternama di ibu negara.
Dr. Syid Ayob turut terlibat di dalam kajian dan penyelidikan perubatan di samping memberi khidmat nasihat dalam bidang rawatan alternatif di dalam majalah-majalah tempatan. Beliau kerap muncul di dalam media antaranya seperti Majalah 3, Bincang Petang, Agro Jurnal, Business Hari Ini, Money Tree dan lain-lain.
Sebagai seorang pakar di dalam rawatan perubatan moden dan alternatif, beliau bertanggungjawab mencetuskan formulasi terkini produk-produk berkualiti ESKAYVIE menjadi satu sistem pemakanan kesihatan dan rangkaian produk penjagaan lengkap yang memiliki nilai belian hebat kepada pengguna. Pengalaman beliau yang meluas dalam bidang kajian dan formulasi produk selama 15 tahun memberi satu kemantapan kepada cetusan formulasi produk Eskayvie dengan kerjasama saintis dari Italy, Jepun dan Sweeden untuk melahirkan rangkaian produk produk kecantikan dan kesihatan yang efektif dan berkualiti tinggi.


Eskayvie peduli dan prihatin terhadap golongan yang memerlukan. Ini seiring dengan tagline “Eskayvie Care For You”
Eskayvie membudayakan perkongsian rezeki melalui inisiatif “setiap pembelian produk terpilih Eskayvie, sejumlah RM1 akan disalurkan kepada tabung Yayasan Eskayvie untuk membantu mereka yang memerlukan.
Semenjak diperbadankan pada 14 Jun 2012, pelbagai usaha dan aktiviti kemasyarakatan telah dilaksanakan secara berterusan oleh Yayasan Eskayvie. Sumbangan yang disampaikan bukan sahaja dalam bentuk kewangan dan material malah warga kerja yayasan turut turun padang untuk menyantuni sendiri kehidupan sebenar masyarakat yang kurang bernasib baik.


Yayasan Eskayvie bertekad untuk terus berkongsi manfaat kepada masyarakat yang memerlukan serta menjadi aspirasi kepada pemupukan nilai-nilai kemanusiaan melalui bidang kesihatan.

 Yayasan Eskayvie


Penama:


JMS AYURVEDIC


No Akaun: 8603746485

Sebarang Pertanyaan Dan 

Tempahan Hubungi Kami +60109240211


               
    

No comments:

Post a Comment

/Thank You/

Eskayvie Nutrelle Extra RM150